Thursday, December 11, 2008

Bukit Antarabangsa: Pengajaran kali ke-2 untuk rakyat Malaysia.



Semenjak insiden tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, semakin ramai orang mempertikaikan kredibiliti PBT dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Namun sehingga kini, tidak ada satu pihak pun yang tampil bagi mengakui kesilapan mereka.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) semakin terdesak bagi mencari penyelesaian yang membelenggu para penduduk di sekitar kawasan Bukit Antarabangsa (dan yang terbaru di Hulu Klang) memandangkan projek-projek perumahan di kawasan cerun masih lagi diteruskan walaupun arahan keras Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi untuk menghentikan kesemua projek-projek lereng bukit.


(Sumber: Utusan Malaysia, www.utusan.com.my)
Rakus: Usaha bagi meratakan kawasan bukit masih diteruskan di kawasan Hulu Klang.



Persoalannya, apakah arahan keras PM ini dipandang sinis oleh PBT berkenaan? Bagaimanakah kelulusan bagi membina kawasan perumahan di cerun bukit diluluskan sedangkan sudah ada amaran keras untuk menghentikan projek sedemikian? Apakah keuntungan jutaan wang ringgit ini lebih bernilai daripada nyawa manusia?



Demonstrasi para penduduk Taman Hijau terhadap sebarang projek pembangunan tanah tinggi.

Di sebalik tangisan dan rintihan para mangsa kejadian tanah runtuh Bukit Antarabangsa, MPAJ menafikan memberi kelulusan kepada projek-projek pembangunan di Bukit Bendera. Melalui PRO, Norhayati Ahmad, projek tersebut sebenarnya telah diluluskan oleh pihak Majlis Daerah Gombak pada tahun 1980-an sebelum tertubuhnya MPAJ. Sekiranya dikatakan demikian, kenapakah(pada masa kini) masih banyak aktiviti meratakan kawasan tanah tinggi di sekitar kawasan tersebut?

Kepada para bakal pembeli, jadikan Highland Towers dan Bukit Antarabangsa sebagai satu pengajaran berguna. Sahutlah seruan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) bagi memboikot semua pembangunan hartanah di cerun bukit kerana ia cara paling berkesan untuk menghentikan projek-projek seperti itu pada masa depan. Sekiranya kita masih berdegil maka:


"Setinggi-tinggi rumah di Bukit, tetap sehari menyembah Bumi"


TANGGUNGLAH SENDIRI



No comments: